Saturday 23 May 2015

IDEA KRAF HARI RAYA

Assalamualaikum 

Puasa dah hampir. Raya pun tak lama lagi.
Semoga tahun ini dipermudahkan menjalani
ibadah puasa. Amin..

Di sini dayah nak kongsi beberapa idea
kraf yang boleh dihasilkan sempena menyambut
bulan ramadhan dan hari raya. Terpulang kepada
anda buat untuk diri sendiri atau dijadikan
sebagai pendapatan tambahan. Moga dipermudahkan
segalanya. Amin.

1. Brooch

 

Brooch atau nama Melayunya kerongsang sememangnya
laris dijual apabila tibanya Hari Raya. Kebanyakan
tudung dan shawl memerlukan brooch supaya si
pemakai kelihatan lebih kemas.
Apa kata cuba cari kelainan dalam membuat dan menjual
brooch. Sama ada dari segi reka bentuk, bahan yang
digunakan atau cara pemakaian brooch.

2. Pin



Pin sama fungsi dengan brooch. Pelbagaikan
koleksi pin. Cari keunikan dan kelainan
pada pin anda. 

3. Headband

Headband sangat digemari oleh ibu-ibu untuk
hiasan kepala anak-anak mereka. Untuk buat
headband, pekara asas yang perlu anda tahu
adalah ukuran lilit (saiz) perlu sesuai dengan
saiz kepala kanak-kanak. Saiz yang tidak sesuai
menyebabkan kanak-kanak tidak selesa. Terlalu ketat
boleh memberi kesan kepada kepala kanak-kanak.

Setelah pastikan saiz yang sesuai, barulah
boleh fokus kepada design dan bahan yang digunakan
untuk hiasan

4. Purse / Mini beg / Sampul duit raya

 


Bila dapat duit raya, kanak-kanak pasti akan buang sampul
dan simpan duit dalam beg yang disediakan. 
Purse memang pilihan terbaik untuk dijual. 
Untuk kanak-kanak, design purse yang ada nama mereka.
Buat bentuk yang lebih menarik selain daripada petak
dan bulat. 

5. Kad Raya

Sekarang memang kad raya dah hampir pupus. Tidak ramai yang
gunakan kad raya. Tapi, anda boleh design dengan lebih kreatif
untuk dijadikan sebagai tanda kenangan. Apa kata, selitkan duit
raya pada kad tersebut. 2 in 1. Sampul raya + kad raya.

6. Gelang atau Rantai

Gelang daripada felt sesuai untuk kanak-kanak berhias 
pada hari raya. Sesuaikan dengan gaya dan cari idea menarik.
Pasti ramai yang menyukainya.

7. Props Raya


sumber :
http://oh-my-props.blogspot.com/2013/11/raya-with-style.html


Bila beraya tak sah kalau tak ada gambar. Betulkan?
Apa kata, cari kelainan. Nak bergambar tu, serikan lagi dengan props.
"Selamat Hari Raya" " Keluarga Pak Ucu" "raya 2015" Syoknya Raya"
dan lain-lain.

Selamat mencuba. ^_^ . 

No comments: