Friday 10 February 2012

Tutorial: Brutal Bracelet


Salam, hi..terasa nak kongsi lak cara nak wt brutal bracelet ni. Agak simple gak. Nanti korang boleh la try yea. Happy crafting.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN:-
1.Ribbon (Ikut saiz lengan anda)
2. 2 biji ribbon klip
3. Lobster
4. Small ring
5. Butang 
5. Jarum dan benang yang tebal

CARA NAK BUAT:-
 
1. Jahit butang pada ribon seperti ilustrasi di atas. 
Jahit satu persatu butang sehingga memenuhi permukaan ribon. 


2. Klipkan end ribon pada hujung ribbon tu tadi 

\
3. Letakkan Lobster dan small ring pada bahagian hujung end ribon.
Tada.. da siap pun. Nanti boleh la pakai.


Tuesday 7 February 2012

Tutorial : Key Chain Butang




Salam semua. hi.. hari ni saya nak share dengan korang cara nak buat keychain butang yang ciut muit. Raw material simple aje dan senang nak dapat. Cuma kena pandai cari je. Nak buat pun senang sangat-sangat.


So, korang semua perlukan :

1. Hp strap
2. Split ring saiz kecil
3. Ribbon
4. End Clip Ribbon
5. Button yang sesuai

Cara-cara nak buat plak cam gini

1. Klipkan end clip ribbon pada ribbon. 
2. Satukan setiap butang dengan butang yang lain menggunakan split ring.
3. Kemudian satukan butang-butang ni dan Hp strap pada end clip ribbon tu tadi.

tada.. siap sudah..


Korang tak nak guna ribbon dan end clip ribbon pun tak pe. 
Boleh buat yang lagi simple macam kat bawah ni


So, sememangnye tersangatlah simple je kan. 
Nanti boleh lah try ye.

HAPPY CRAFTING







Thursday 2 February 2012

Gifts box sebagai hadiah?

Setiap kali birthday kawan, ahli keluarga atau bff,  mesti kita semua tercari-cari apa hadiah yang paling bermakna untuk mereka. Tak kisahlah beli atau dibuat sendiri. Tapi biasanya kita akan fikir seperti ini " Em... kalau aku boleh buat sendiri lagi bermakna". Mesti awak semua fikir macam ni kan? Jadi, kat sini saya nak kongsi  idea yang boleh dijadikan contoh dan panduan untuk sesiapa yang mahukannya.

 Give box
Banyak pattern dan design give box yang menarik. Pemilihan warna yang sesuai dan disukai oleh penerima akan membuatkan hadiah itu lebih disukai. Tapi tak kan nak bagi kotak je kan? Isi kat dalam macam mana? Boleh letak je apa yang dia suka. Contohnya.. em..sweets, lolipop atau cookies. Sekurang-kurangnya isi dalamnya bermanfaat kepada perut penerima. he3. Kotak pula boleh disimpan sebagai tanda kenangan.

Tutorial untuk buat box ni boleh rujuk: 

Valentine’s Day Fortune Cookies Tutorial







Semua cantik-cantikkan. You all suka, I pun suka.
= )




Wednesday 1 February 2012

Tutorial Slipa Bilik



ROOM SLIPPER 
****************

1. Buat lakaran @bentuk slipar pada felt dan juga span. Pastikan ukuran padan dengan saiz kaki anda.

2. Gunting lakaran tersebut.Sekarang anda akan ade 2 keping bahagian atas, 2 keping bahagian bawah, 2 keping span.

3. Untuk bahagian penghadang kaki, pastikan lebar ukuran muat untuk memasukkan kaki anda. Seeloknya ukur lebar bahagaian atas kaki anda.

4. Setelah anda kenal pasti ukuran tersebut, anda bolehlah buat bentuk ikut kreativiti anda .. Anda juga boleh mula decorate ikut citarasa anda



5. Pinkan bahagian penghadang kaki dengan bahagian atas


6. Jahit penghadang kaki pada bahagian bawah. Boleh juga gunakan gam untuk lekatkan selepas jahitan supaya lebih kemas


7. Pinkan @ gamkan span dengan bahagian atas


8. Pin @ gamkan bahagian tapak pada span


9. Jahit bahagian tapak dengan bahagian atas. Pastikan span tidak terkeluar untuk hasil yang lebih kemas


Inilah hasilnya.. Selamat Mencuba~

_NurdayaCraft_