Thursday 18 December 2014

DIY Bunga Telur


DIY BUNGA TELOR



Bahan yang diperlukan:
1.Love ( dijahit dengan kain felt)
2.Dawai
3. 2 atau 3 jenis ribbon
4. Pita gam putih
5.  Paper gulung (hijau)
6. Kertas tisu (putih & pink)
7. Lidi sate

Peralatan:
Gunting



1.Masukkan dawai dalam love. Gulung pada bahagian
hujung supaya tidak tertanggal

2. Potong ribbon dalam 10@15cm
3. cara satu. ikat dawai ditengah.
cara dua: lipat ribbon, dan ikat pada hujung 

4.Buka gulungan kertas. potong dalam 10cm @ bersesuaian dengan saiz telur
5.Ikat pada bahagian hujung dengan dawai

6. Potong kertas tisu petak  (segi empat sama)
putih dan pink
7.Lipat seperti dalam gambar,dan gulungkan
8.Satukan dua gulung kertas tisu,sama ada
 pink dan puth @ pink dan pink@putih dan putih.
Ikat dengan dawai pada bahagian hujung

9. Lilit dawai "love" pada hujung lidi sate. Lilit dawai
"gulungan kertas tisu" dan "ribbon" bawah love.Balut dengan pita gam


Lilit dawai dari kertas gulung. ribon, dan kertas tisu 
seinci dari love. Balutkan dengan pita gam sehingga ke bawah


Bentukkan dan kemaskan supaya lebih cantik.

^selamat mencuba^



Buku Idea

Assalamualaikum,

Hari tu dayah ada post dalam fb bagaimana nak sentiasa ada idea untuk berkreatif,
Yela  kan, bila kita nak idea. waktu tu tak cukup bahan. Bila cukup barang dan bahan, idea tak ada.

Di sini dayah berbesar hati untuk kongsikan cara untuk "keep idea hot and fresh" .

Ini rahsianya:          Organizing Project Planner , ala nak senang BUKU IDEA <3

Kelebihan ada buku idea sendiri :

1. Senang untuk buat perancangan
2. Idea tidak akan kering
3. Sumber ilham untuk berkreatif
4. Panduan menyiapkan projek @ tempahan pelanggan
5. Boleh fokus sasaran


Dayah guna buku latihan biasa, adik punya.
jimat. hehe. 

Bagi siapa nak suka cara ni, deco la buku tu cantik-cantik
Tulis la idea book ke. My Inspiration ke.
Beli yang buku lukisan tu.  Baru ada "roh" nak berkreatif.
betul  tak?
Dayah sememangnya budak skema. 
ayat-ayat skema.cara-cara skema. confirm! haha


Apa yang penting adalah isinya

 1. Tarikh mula projek
2. Tarikh projek siap
3.Task@ tajuk
4. Idea
5. Bajet
6. Target Jualan 

Bagaimana nak guna buku ni?

Biasanya idea akan datang waktu kita tenang, keluar 
jalan-jalan atau memerhati sesuatu.
 Jadi idea akan datang bila-bila masa, 
dan pergi juga bila-bila masa sahaja.
-> pastikan buku ni sentiasa ada dengan kita

Bila idea datang spontan, dua tiga idea sekali datang:
Ini lah fungsi buku idea. Pekara paling penting, tulis tajuk
dan draft untuk idea tu. Draft dalam bentuk lukisan lagi bagus 
sebab kita akan nampak gambaran jelas nanti.

Bila betul-betul perlukan idea untuk buat produk, rujuk balik buku ni.
Tengok idea yang bersesuaian dengan keadaan sama ada, 
cukup tak bahan atau permintaan pelanggan.

Bila mula projek?

Lengkapkan lah ruangan lain-lain :
(tarikh  mula projek, tarikh siap) <- penting supaya kita 
dapat siapakan pada tarikh yang sepatutnya.Tidak tertangguh-tangguh. Selain tu,
kita dapat bajet masa supaya kerja yang kita buat kemas dan berkualiti

(Bajet )<- Bajet ni biasanya kos material dan kos upah. Penting buat bajet
supaya kita tak rugi dan produk yang kita buat tidak terlalu mahal.

contoh: Anggaran Kos Produk A (10unit)
1. Felt 1m rm7.00
2. button rm3.00
3. gam uhu rm1.80
4. benang dan jarum rm0.50
5.kos upah perunit rm1x10 : rm10

Jumlah :rm22.30 / 10unit

rm2.23 ~ rm2.30 perunit

Harga jual rm10.00 perunit


(Target Jualan)<- Target jualan juga penting,  fokus berapa yang kita nak jual
dalam tempoh masa  yang ditentukan. 

Contoh: Produk A. Perlu dijual 10 unit dalam masa seminggu

Harga pasaran: RM10 x 10unit: RM100

Jadi, di sini kita dah boleh tahu,
 kos yang kita keluarkan. keuntungan yang kita dapat.
dalam tempoh masa yang kita tetapkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Harap tips ini dapat membantu krafter kat luar sana
merancang dengan lebih teliti.
Senang nak buat, bila kita tahu teknik dan cara dengan betul.

Insyallah. Kongsilah jika ia bermanfaat dan membantu.
Perlukan bantuan: WHatsapp 019 968 1805

^Terima Kasih^

Wednesday 17 December 2014

Pokdot Mini Pillow

Mini Pillow Pokadot
^ BFF ^




Berminat?

Beli di store kami @

Terima kasih~


Design Tisue Cover

Tema: Purple Pink
RM15.00/pcs

Sesuai untuk dijadikan sebagai
 hadiah dan untuk koleksi sendiri 




~~~~~~~~~~~~~
Tema: Pokadot Purple
RM15.00/pcs



~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tema: Clippy Tissue Cover
RM18.00/pcs



~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tema: Zippe Tissue Cover
RM18.00/pcs


~~~~~~~~~~~~~~~~

Cara nak tempah>

 Whatsapp
(Tisu Cover) (Design/Tema) (Warna)
 ke no 019 968 1805 

^Nurdaya Craft^



Kelainan: Pillow tema kad kawin

Kepada yang ingin cari kelainan ingin hadiahkan 
pillow kepada sahabat atau saudara mara
yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Boleh la tempah pillow mengikut tema 
kad pengantin mereka nanti

> whatsapp  019 918 1805@
PM inbox  page zada gift shop




Tip: Cara Tekap Pola


Tekap Pola:

Untuk menghasilkan applique atau precut yang kemas tanpa guna 
dies dan bigshot, carilah  gunting yang tajam dan saiz yang sesuai.

Ikut sahaja step dalam gambar kat bawah.
"Selamat mencuba"

Sunday 14 December 2014

DIY Keychain Si Gajah Kecik


*Assalamualaikum*

Meh kita buat Si Gajah Kecik yang comel. 


hohoHoo. si gajah tecik yang tomel-tomel.

Bahan yang diperlukan:
Precut Gajah, Felt putih (saiz sama dengan precut gajah),
Ribbon, benang dan jarum, split ring, pencil



1. Jahit kedua-dua telinga gajah kecik dengan jahitan insang pari.
Tebalkan benang supaya jahitan jelas.


2. Tekap pada felt putih bahagian badan gajah dengan pencil. (tidak perlu tekap belalai dan ekor)
3. Gunting felt putih tadi ikut garisan, letakkan bahagian dalam. Dikepit oleh kedua-dua bahagian badan gajah.


4.Masukkan ribbon. Mulakan jahitan insang pari pada hujung ribon. Jahit keliling sehingga siap.
Masukkan split ring pada ribon.

^Selamat Mencuba^


DIY Keychain Little Bird

*Assalamualaikum*

Dayah nak share tutorial yang sangat senang. Sekadar berkongsi idea. 
Sesuai bagi beginner Crafter
^_^


DIY Keychain Little Bird


Bahan yang diperlukan:
1. Precut burung & Love
2. Ribbon (1 1/2 inchi)
3. Jarum dan benang
4. Split Ring

1. Jahit pada bahagian sayap. Ikut langkah seperti dalam gambar.
Jangan lupa jahit sayap pada bahagian sebelah lagi 

2. Setelah selesai jahit sayap. Satukan kedua-dua bahagian burung,
Masukkan ribbon pada bahagian atas badan burung. Mulakan jahitan pada hujung ribbon.
Jahit insang pari dikeliling bahagian badan burung,


3. Masukkan split ring pada ribon

Tadaaaa.. Siap sudah keychain Little Bird

^Selamat Mencuba^

DIY Doorgift Box

DIY Doorgift Box

Assalamualaikum

Idea kepada yang nak buat DIY doorgift. Jimat!

Kali ni dayah nak kongsi DIY doorgift Box masa  Masjlis Pertunangan hari tu.
berserta dengan bajet lagi.




Bahan yang diperlukan:
1. Tag (kalo buat sendiri, anggaran dalam 0.30-0.50/pcs) 
2. Box (RM1.80->beli kedai) : Jenis besi, tapi nipis aje
3. Ribbon (RM3.50/roll)Ribbon ngam-ngam je. Ngam-ngam untuk deco 50 biji box
4. Gam Uhu (RM1.80) x 2 

Dayah buat untuk 50 pcs Doorgift Box

~~~~~~~~~~~~

Banyak lagi pilihan box kat kedai.
Yang ni kedai kt Kb (Handicraft) Tepi Stesen Minyak Tepi Kb Mall, Jalan menghala ke Bulatan.
Ada satu bentuk tu, Hello Kitty, tapi tak sempat nak ambil gambar

 Comel .

Untuk buat tag, perlu ada dies dan big shot.
Susah-susah ->  beli la dengan Nurdaya Craft (hehehe, sempat lagi promote) 

Tak kisah bentuk apa pun, tapi yang bahagian 
dalam seboleh-bolehnya nak bentuk bulat. 
Kenapa? Kejap lagi dayah jawab !


Cam gini lah cara dayah potong tulisan untuk tag. Guna dies nipis bentuk bulat.
Dayah print pakai kertas aje.
Nak pakai transfer paper pun boleh, tapi 2x fikir la kot $$$$  !
Bagi yang mampu.  Okies aje.

Kemudian, adjust bagi muat dengan dies supaya muat dengan frame felt (felt yang dipotong tadi)
Oky! dah bagi jawapan. 

Satu A4 paper muat 9 keping. Tapi boleh aje adjust ikut kreativiti. 
Dayah Try & Error saja ni. malas nk buat jeje banyak kali. 
gini la jadinya. Rugi-rugi, hikhikhik =P



tadaaa.. Ginilah hasilnya
Lepas Siap potong, gamkan sahaja dengan UHU.

Sekarang dah boleh hias pada box. 

^Selamat mencuba^




Hiasan Felt Hantaran Pertunangan


*Assalamualaikum*

Alhamdullilah, syukur. Masih lagi diberi kesempatan untuk berkongsi idea bagaimana nak hias hantaran dengan kain felt. Mudah.





Dapatkan e-tutorial Gubahan Roses untuk belajar bagaimana nak gubah hantaran felt seperti di atas.
Terima Kasih.




PROGRAM KRAF KREATIF

*Flashback*

Nurdaya craft berkesempatan bersama  Project Craft Team sebagai fasilitator dalam penganjuran bengkel kraftangan.  Terima kasih kak ba, ridh, kak wa, kak adah, kak za turut bersama menjayakan bengkel ini.
<3 u all. 

PROGRAM KRAF KREATIF
Anjuran  MPWK Parlimen Pengkalan Chepa
16.08.14


Lengkap dengan bigshot.Terbaik!


Ridh. Senyum aje.


Alhamdulillah,  sambutan yang amat menggalakan.

PROGRAM KRAF KREATIF
Anjuran  MPWK Parlimen Kubang Kerian
25.10.14


Kak ba, Mentor a.k.a cikgu.


Project Craft Team
-->  Ridh, Kak wa, Dayah , Kak adah, Kak ba -->


Ada 3 lagi bengkel yang tak dapat Dayah join. 
Tetap  Osem !!

Saturday 13 December 2014

Tutorial Burung


Jom belajar jahit burung. Langkah demi langkah. ^_^

Jahitan Undur




Jahitan undur