Saturday 30 January 2016

BUSYBOOK: PUZZLE

PERMAINAN PUZZLE

Kesesuaian Umur: 3-6 tahun

FIZIKAL: 
ü  Meningkatkan perkembangan motor halus kanak-kanak. 

SOSIAL: 
ü  Meningkatkan interaksi kanak-kanak dengan ibubapa
ü  Memupuk sikap kerjasama dalam kalangan kanak-kanak (aktiviti berkumpulan)
ü  Kanak-kanak belajar bagaimana menyelesaikan masalah 

EMOSI 
ü  Kanak-kanak belajar mengawal emosi ketika bermain. 
ü  Kanak-kanak yang berjaya menyelesaikan permainan akan merasa gembira manakala kanak-kanak yang tidak berjaya menyelesaikan permainan akan berasa kecewa. 

KOGNITIF 
ü  Kanak-kanak perlu berfikir untuk menyelesaikan masalah. 
ü  Dapat meningkatkan kemahiran berbahasa kanak-kanak.

Contoh aktiviti Puzzle:

Sumber: https://www.facebook.com/nurdayacraft





Sumber: wanelo.com










BUSYBOOK


PANDUAN BUAT BUSYBOOK YANG BERKESAN UNTUK ANAK ANDA:





1. Apa itu busybook?
Busybook atau dikenali juga sebagai softbook, quitebook atau dalam bahasa kitanya senang buku aktiviti. Busybook adalah satu kaedah atau alat bantu mengajar kanak-kanak. Setiap helaian dirangka aktiviti yang pelbagai untuk menarik minat kanak-kanak.

2. Kesesuaian?
Aktiviti dalam busybook perlu sesuai dengan usia anak anda. Kenalpasti minat anak anda sebelum cari bahan yang sesuai. Contoh, jika minat anak anda lebih kepada haiwan. Carilah design aktiviti bertemakan haiwan.

Peranan Busybook
1.     Membantu dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.
2.     Membantu perkembangan bahasa
3.     Meningkatkan keyakinan diri
4.    Dorongan untuk belajar menyanyangi
5.     Mewujudkan perasaan tenang dan menghibur hati
6.  Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar menyelesaikan pelbagai bentuk masalah (kognitif, sosial) yang menyumbang kepada perkembangan intelektual
7.    Memberi peluang kanak-kanak meluahkan idea, perasaan dan emosi