Saturday 13 October 2012

small travel beg

terujanya nak pergi jalan-jalan. tapi, barang kecil-kecil ni nak letak mana yea??
em.. kalau main letak je dalam beg, mesti susah nak cari balik. rasanya kene ada sesuatu yang boleh diletakkan barang ni semua. baru la senang di kemudian hari. yeaaahhh..






sekian, idea dari saya...

Tuesday 25 September 2012

Plushie


Cute Plushie
^__^

Pouch


 

just a pouch
-_-

Saturday 22 September 2012

Cantik ke??

Cantik luar.. cantik dalam.. cantik sana sini.. ewaaaaahhhhh.. opsss.. TERrrrrexcited plak .. he3..cowi..
Sapa tak suka pada bende @ sesuatu yang cantik. "wahhh.. cutenye teddy bear tu". "Cantiknya design cover buku ni". "Cun lah awek tu". Menariknya biskut ni". .. Ni antara contoh-contoh ayat yang kita selalu dengar. Istilah yang menunjukkan objek @ benda @ apa-apa aje yang cantik. Jadi terutamanya kepada krafter2 ... produk kita kene cantik.. betul tak? Tapi macam mana nak ukur tahap kecantikan tu? "ambik pembaris  la kak long ukur".. he3.. boleh ke?

Pada pendapat saya la yea. kita kene cerewet dan tidak mudah berpuas hati untuk menghasilkan sesuatu yang design @ produk yang cantik. Sekurang-kurangnya kulit luar dah dapat tarik perhatian orang lain. "tak sentuh.. tengok pun jadi lah".. em.. "da tengok rasa nak sentuh plak".. ^_^.. "eh.. da sentuh rasa macam nak beli plak" .. Ok.. " jadi.. ambik yang in la kak long yea"... Terjual sudah satu produk.  $$$$ ..

Ok. Ada tetapinya.. kadang-kadang kita rasa design kita tu da ok.. "cun melecun tahap gaban da ni" .. tapi.. "hmmmm.. kenapa lak tak laku ni".. Agak-agak la kan mana silapnya?.. banyak jawapan ni, mungkin mahal? "ala.. kos pun da mahal" . emm. ok.. "cara jual tak betul kot".. em.. mungkin.. "mungkin apa yang kita rasa bende tu da cun, design gempak, siap berbunga atas bawah belakang depan tapi da orang tu tak minat.. nak wat cam mane".. ekkkk..

Oleh itu, kepada designer@krafter .. benda yang macam ni kene be aware. tidak salah untuk design @ cipta sesuatu unik, kreatif dan comel ikut kemahuan kita, Tapi pastikan siapa customer kita. budak sekolah ke?orang-orang tua ke?ibu dan bapa? ... Sebabnya?.. "awak ..saya.. ko.. kamu .. mereka.. taste tak sama"
Good Luck!!!


PILLOW U.mebius



Siap sudah tempahan Ultraman Mebius ni.. fuuuuu...
Sedia beraksi ^_^ ..


Friday 21 September 2012

GUEST BOOK

HAPPY WEDDING






SAIZ A4
Harga RM15.00
* Hard cover
* 5 helai A4 Paper

Saturday 4 August 2012

ID holder

TEMPAHAN UNTUK ID Card Holder


Additional Accessories :

* Flower
*Button
*Bell

dengan HARGA RM 4.50 shja ...


ID Holder Menegak





ID Holder: Melintang


Decorative Pillow


Jeng-jeng, lawa x.. ni salah satu daripada decoration pillow. Sesuai untuk di jadikan sebagai perhiasan. Letak kat belakang kereta, Boleh gak nak wat hadiah Wedding. Yang kat atas tu tak jadi bantal lagi, but will be soon. he3.. Kepada sesiapa yang berminat bileh la order yea. Harga dan design yang menarik menanti anda. Pilih pillow dan design kegemaran anda sekarang. Harga masih lagi boleh dirunding ... ^_^ .. Happy shopping yea..

BANTAL

HARGA (Pillow shja, tidak termasuk design)

Saiz (9x10'') : RM 10.00
Saiz (12 x 14''): RM 15.00

WARNA 


1. Hitam
2. Merah
3Pink
4.Putih
5. Biru
6.Kuning
7.hijau apple

NAMA / KATA-KATA / HURUF 
*untuk dijahit pada bantal

SATU perkataan pertama ( maksimum 10 huruf ) = RM 0.80 shja
Tambahan huruf akan dicaj sebanyak RM 0.10 setiap SATU

DESIGN / HIASAN BANTAL

 Harga design dikira berasingan:

Kod 1: Bunga
RM 0.30 / satu


Kod 2: Bunga
RM0.40 / satu

Kod 3: Daun
RM0.15 / satu

kod 4: Rose
RM0.45 / satu


Little Cutey Pillow


~SOLD~
salam, hi...

Saya da siapkan plushie yang cute miut nieh untuk dijual .. 1st try tp rasanya not bad la.. heeee...
GRAB la SATU.. ada sepasang je..  Sapa cepat dia dapat.. ^_^ ..

SAiz : 42 x 24 cm
Harga: RM 19.00 satu (tidak termasuk pos)

* Nak tambah nama pada poket pun boleh jea.. max 5 huruf shja dengan harga RM1.00 untuk 1 nama..

Monday 30 July 2012

TEMPAHAN PILLOW KINI DIBUKA

Assalamualaikum.. Hi..

Berminat nak tempah bantal untuk dijadikan hadiah? atau untuk diri sendiri? ..Dapatkan dengan harga yang berpatutan dan koleksi design yang menarik. Come first served first.. Nantikan kemunculan Nurdayacraft dengan produk baru dan kretif..Happy shopping yea.. thanz.. ^_^ ..

PRODUK Nurdayacraft

     SWEET PILLOW (click here)                                                                            

                                                                                 ~ Nurdaya

Friday 10 February 2012

Tutorial: Brutal Bracelet


Salam, hi..terasa nak kongsi lak cara nak wt brutal bracelet ni. Agak simple gak. Nanti korang boleh la try yea. Happy crafting.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN:-
1.Ribbon (Ikut saiz lengan anda)
2. 2 biji ribbon klip
3. Lobster
4. Small ring
5. Butang 
5. Jarum dan benang yang tebal

CARA NAK BUAT:-
 
1. Jahit butang pada ribon seperti ilustrasi di atas. 
Jahit satu persatu butang sehingga memenuhi permukaan ribon. 


2. Klipkan end ribon pada hujung ribbon tu tadi 

\
3. Letakkan Lobster dan small ring pada bahagian hujung end ribon.
Tada.. da siap pun. Nanti boleh la pakai.


Tuesday 7 February 2012

Tutorial : Key Chain Butang




Salam semua. hi.. hari ni saya nak share dengan korang cara nak buat keychain butang yang ciut muit. Raw material simple aje dan senang nak dapat. Cuma kena pandai cari je. Nak buat pun senang sangat-sangat.


So, korang semua perlukan :

1. Hp strap
2. Split ring saiz kecil
3. Ribbon
4. End Clip Ribbon
5. Button yang sesuai

Cara-cara nak buat plak cam gini

1. Klipkan end clip ribbon pada ribbon. 
2. Satukan setiap butang dengan butang yang lain menggunakan split ring.
3. Kemudian satukan butang-butang ni dan Hp strap pada end clip ribbon tu tadi.

tada.. siap sudah..


Korang tak nak guna ribbon dan end clip ribbon pun tak pe. 
Boleh buat yang lagi simple macam kat bawah ni


So, sememangnye tersangatlah simple je kan. 
Nanti boleh lah try ye.

HAPPY CRAFTING







Thursday 2 February 2012

Gifts box sebagai hadiah?

Setiap kali birthday kawan, ahli keluarga atau bff,  mesti kita semua tercari-cari apa hadiah yang paling bermakna untuk mereka. Tak kisahlah beli atau dibuat sendiri. Tapi biasanya kita akan fikir seperti ini " Em... kalau aku boleh buat sendiri lagi bermakna". Mesti awak semua fikir macam ni kan? Jadi, kat sini saya nak kongsi  idea yang boleh dijadikan contoh dan panduan untuk sesiapa yang mahukannya.

 Give box
Banyak pattern dan design give box yang menarik. Pemilihan warna yang sesuai dan disukai oleh penerima akan membuatkan hadiah itu lebih disukai. Tapi tak kan nak bagi kotak je kan? Isi kat dalam macam mana? Boleh letak je apa yang dia suka. Contohnya.. em..sweets, lolipop atau cookies. Sekurang-kurangnya isi dalamnya bermanfaat kepada perut penerima. he3. Kotak pula boleh disimpan sebagai tanda kenangan.

Tutorial untuk buat box ni boleh rujuk: 

Valentine’s Day Fortune Cookies Tutorial







Semua cantik-cantikkan. You all suka, I pun suka.
= )




Wednesday 1 February 2012

Tutorial Slipa Bilik



ROOM SLIPPER 
****************

1. Buat lakaran @bentuk slipar pada felt dan juga span. Pastikan ukuran padan dengan saiz kaki anda.

2. Gunting lakaran tersebut.Sekarang anda akan ade 2 keping bahagian atas, 2 keping bahagian bawah, 2 keping span.

3. Untuk bahagian penghadang kaki, pastikan lebar ukuran muat untuk memasukkan kaki anda. Seeloknya ukur lebar bahagaian atas kaki anda.

4. Setelah anda kenal pasti ukuran tersebut, anda bolehlah buat bentuk ikut kreativiti anda .. Anda juga boleh mula decorate ikut citarasa anda



5. Pinkan bahagian penghadang kaki dengan bahagian atas


6. Jahit penghadang kaki pada bahagian bawah. Boleh juga gunakan gam untuk lekatkan selepas jahitan supaya lebih kemas


7. Pinkan @ gamkan span dengan bahagian atas


8. Pin @ gamkan bahagian tapak pada span


9. Jahit bahagian tapak dengan bahagian atas. Pastikan span tidak terkeluar untuk hasil yang lebih kemas


Inilah hasilnya.. Selamat Mencuba~

_NurdayaCraft_


Wednesday 18 January 2012

CARI IDEA ???



Cam ne nak create idea .. selalu ja kita ketandusan idea .. peralatan da ada tapi..alamak idea plak xde.. hmmm… so.. biasa kita akan usha blog @fb @website crafter yang lain. Cara ini kita dapat idea. Tapi. peratusan kecenderungan untuk sama 50-90%.. yang 100% ciplak pun ade. Ish3.. so.. saya nak kongsi bagaimana nak dapat idea bila nak buat kraf.

Peralatan yang perlu ada:~
1. Minat  dan yakin  
2.Imaginasi
3.Pensil/Pen
4.Kertas/ note book

OK.. Then..
  1. Sebelum nak mulakan kraf baca bismillah dulu..he3.. ^_^
  2. Pastu, fikir apa motif@fungsi kraf ni. Contoh: sebagai perhisan, hadiah, untuk dipakai, benda yang digunakan untuk meletakkan sesuatu DLL. = ). (birthday GIFTĂ  boleh DIPAKAI )
  3. Selepas dapat fungsi bende yang kita nak buat,, gunakan kuasa IMAGINASI .. berimaginasi mengenai reka bentuk, warna,corak, dan keselesaan jika untuk dipakai). Da dapat..terus ja DRAFT atau lakar kat paper. Nanti hilang plak idea tu. Kene pastikan peralatan untuk kraf yang hendak dibuat cukup. Bukan pe, Takot dok semangant nieh menjahit tetiba gunting plak hilang, mood pun turut hilang sama.. he3.. tak dapat nak nolong..
  4. Selepas draft, kalau nak warna pun xpew..lagi menarik..he3.. leh simpan wat koleksi idea kraf.
  5. Sekarang, da dapat apa yang kita nak. YES!.  
  6. Lakaran ini gak boleh dijadikan sebagai pattern.
  7. Insyallah, minat diringi dengan kerajinan, pasti apa yang kita nak buat tu akan jadi realiti.  

Cara ini sebenarnya merangsang sel-sel otak kita untuk berfikir lebih daripada cara kita melihat idea orang lain. Apabila kita sentiasa melatih otak kita berfikir lebih tanpa terikat dengan mana-mana hasil kerja orang lain, insyallah, suatu masa nanti otak kita akan bantu kita buat sesuatu yang kreatif yang kadang-kadang kita tak terfikirpun yang kita boleh buat. Tak caya? Pecayalah…

_nurdaya_