Wednesday 1 February 2012

Tutorial Slipa Bilik



ROOM SLIPPER 
****************

1. Buat lakaran @bentuk slipar pada felt dan juga span. Pastikan ukuran padan dengan saiz kaki anda.

2. Gunting lakaran tersebut.Sekarang anda akan ade 2 keping bahagian atas, 2 keping bahagian bawah, 2 keping span.

3. Untuk bahagian penghadang kaki, pastikan lebar ukuran muat untuk memasukkan kaki anda. Seeloknya ukur lebar bahagaian atas kaki anda.

4. Setelah anda kenal pasti ukuran tersebut, anda bolehlah buat bentuk ikut kreativiti anda .. Anda juga boleh mula decorate ikut citarasa anda



5. Pinkan bahagian penghadang kaki dengan bahagian atas


6. Jahit penghadang kaki pada bahagian bawah. Boleh juga gunakan gam untuk lekatkan selepas jahitan supaya lebih kemas


7. Pinkan @ gamkan span dengan bahagian atas


8. Pin @ gamkan bahagian tapak pada span


9. Jahit bahagian tapak dengan bahagian atas. Pastikan span tidak terkeluar untuk hasil yang lebih kemas


Inilah hasilnya.. Selamat Mencuba~

_NurdayaCraft_