DIY Doorgift Box
Assalamualaikum
Idea kepada yang nak buat DIY doorgift. Jimat!
Kali ni dayah nak kongsi DIY doorgift Box masa Masjlis Pertunangan hari tu.
berserta dengan bajet lagi.
Bahan yang diperlukan:
1. Tag (kalo buat sendiri, anggaran dalam 0.30-0.50/pcs)
2. Box (RM1.80->beli kedai) : Jenis besi, tapi nipis aje
3. Ribbon (RM3.50/roll)Ribbon ngam-ngam je. Ngam-ngam untuk deco 50 biji box
4. Gam Uhu (RM1.80) x 2
Dayah buat untuk 50 pcs Doorgift Box
~~~~~~~~~~~~
Banyak lagi pilihan box kat kedai.
Yang ni kedai kt Kb (Handicraft) Tepi Stesen Minyak Tepi Kb Mall, Jalan menghala ke Bulatan.
Ada satu bentuk tu, Hello Kitty, tapi tak sempat nak ambil gambar
Untuk buat tag, perlu ada dies dan big shot.
Susah-susah -> beli la dengan Nurdaya Craft (hehehe, sempat lagi promote)
Tak kisah bentuk apa pun, tapi yang bahagian
dalam seboleh-bolehnya nak bentuk bulat.
Kenapa? Kejap lagi dayah jawab !
Cam gini lah cara dayah potong tulisan untuk tag. Guna dies nipis bentuk bulat.
Dayah print pakai kertas aje.
Nak pakai transfer paper pun boleh, tapi 2x fikir la kot $$$$ !
Bagi yang mampu. Okies aje.
Kemudian, adjust bagi muat dengan dies supaya muat dengan frame felt (felt yang dipotong tadi)
Oky! dah bagi jawapan.
Satu A4 paper muat 9 keping. Tapi boleh aje adjust ikut kreativiti.
Dayah Try & Error saja ni. malas nk buat jeje banyak kali.
gini la jadinya. Rugi-rugi, hikhikhik =P
tadaaa.. Ginilah hasilnya
Lepas Siap potong, gamkan sahaja dengan UHU.
Sekarang dah boleh hias pada box.
^Selamat mencuba^