Assalamualaikum,
Hari tu dayah ada post dalam fb bagaimana nak sentiasa ada idea untuk berkreatif,
Yela kan, bila kita nak idea. waktu tu tak cukup bahan. Bila cukup barang dan bahan, idea tak ada.
Di sini dayah berbesar hati untuk kongsikan cara untuk "keep idea hot and fresh" .
Ini rahsianya:
Organizing Project Planner , ala nak senang BUKU IDEA <3
Kelebihan ada buku idea sendiri :
1. Senang untuk buat perancangan
2. Idea tidak akan kering
3. Sumber ilham untuk berkreatif
4. Panduan menyiapkan projek @ tempahan pelanggan
5. Boleh fokus sasaran
Dayah guna buku latihan biasa, adik punya.
jimat. hehe.
Bagi siapa nak suka cara ni, deco la buku tu cantik-cantik
Tulis la idea book ke. My Inspiration ke.
Beli yang buku lukisan tu. Baru ada "roh" nak berkreatif.
betul tak?
Dayah sememangnya budak skema.
ayat-ayat skema.cara-cara skema. confirm! haha
Apa yang penting adalah isinya
1. Tarikh mula projek
2. Tarikh projek siap
3.Task@ tajuk
4. Idea
5. Bajet
6. Target Jualan
Bagaimana nak guna buku ni?
Biasanya idea akan datang waktu kita tenang, keluar
jalan-jalan atau memerhati sesuatu.
Jadi idea akan datang bila-bila masa,
dan pergi juga bila-bila masa sahaja.
-> pastikan buku ni sentiasa ada dengan kita
Bila idea datang spontan, dua tiga idea sekali datang:
Ini lah fungsi buku idea. Pekara paling penting, tulis tajuk
dan draft untuk idea tu. Draft dalam bentuk lukisan lagi bagus
sebab kita akan nampak gambaran jelas nanti.
Bila betul-betul perlukan idea untuk buat produk, rujuk balik buku ni.
Tengok idea yang bersesuaian dengan keadaan sama ada,
cukup tak bahan atau permintaan pelanggan.
Bila mula projek?
Lengkapkan lah ruangan lain-lain :
(tarikh mula projek, tarikh siap) <- penting supaya kita
dapat siapakan pada tarikh yang sepatutnya.Tidak tertangguh-tangguh. Selain tu,
kita dapat bajet masa supaya kerja yang kita buat kemas dan berkualiti
(Bajet )<- Bajet ni biasanya kos material dan kos upah. Penting buat bajet
supaya kita tak rugi dan produk yang kita buat tidak terlalu mahal.
contoh: Anggaran Kos Produk A (10unit)
1. Felt 1m rm7.00
2. button rm3.00
3. gam uhu rm1.80
4. benang dan jarum rm0.50
5.kos upah perunit rm1x10 : rm10
Jumlah :rm22.30 / 10unit
rm2.23 ~ rm2.30 perunit
Harga jual rm10.00 perunit
(Target Jualan)<- Target jualan juga penting, fokus berapa yang kita nak jual
dalam tempoh masa yang ditentukan.
Contoh: Produk A. Perlu dijual 10 unit dalam masa seminggu
Harga pasaran: RM10 x 10unit: RM100
Jadi, di sini kita dah boleh tahu,
kos yang kita keluarkan. keuntungan yang kita dapat.
dalam tempoh masa yang kita tetapkan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Harap tips ini dapat membantu krafter kat luar sana
merancang dengan lebih teliti.
Senang nak buat, bila kita tahu teknik dan cara dengan betul.
Insyallah. Kongsilah jika ia bermanfaat dan membantu.
Perlukan bantuan: WHatsapp 019 968 1805
^Terima Kasih^